fb fb fb fb fb

Banjir, tanah runtuh di Jepun ragut satu nyawa

Pekerja sedang melakukan kerja-kerja pembersihan tanah runtuh akibat hujan lebat di Wajima, Ishikawa/Foto AFP

WAJIMA, 22 September - Seorang maut dan enam lagi hilang dalam kejadian banjir dan tanah runtuh di Jepun Tengah.

Agensi cuaca kebangsaan menasihkan orang ramai untuk terus berwaspada terhadap kejadian tanah runtuh yang mungkin akan berlaku pada bila-bila masa sahaja walaupun hujan lebat mulai reda.

Di Wajima, turut berlaku tumbangnya pokok besar dan banjir lumpur yang sedang menimbun atas jambatan.

Orang ramai dilihat menggali lumpur untuk mengeluarkan kereta yang separuh tertimbus.

Manakala di tempat lain, rumah sementara mangsa gempa bumi yang dibina pada Tahun Baru yang mana telah meragut sekurang-kurangnya 318 nyawa dibanjiri air lumpur.

Sementara itu, kelihatan orang ramai cuba mengeluarkan kereta yang separuh tertimbus.

Seorang penduduk, Akemi Yamashita berkata dalam masa 30 minit air melimpah masuk ke laluan jalan raya dan telah menceah separuh ketinggian keretanya.

Dalam pada itu, di Wajima dan Suzu sebanyak lapan kompleks perumahan sementara terjejas akibat gempa bumi.

Lebih 540mm hujan direkodkan di Wajima dalam tempoh 72 jam yang mana merupakan jumlah paling tinggi sejak 1976.

Akibat kejadian tanah runtuh yang menghalang laluan, usaha menyelamat menjadi lebih sukar, dan puluhan ribu penduduk telah diarahkan untuk berpindah.

Anggota tentera dihantar ke wilayah Ishikawa untuk membantu pasukan penyelamat.

Sekurang-kurangnya 6,000 rumah terputus bekalan elektrik, dan sebilangan besar kawasan juga terputus bekalan air.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) mengeluarkan amaran kepada tahap kedua tertinggi, namun hujan yang berterusan masih di tahap membahayakan.

Kejadian itu telah meragut satu nyawa, tiga lagi hilang dan dua cedera parah di Ishikawa. Beberapa sungai melimpah dan dua orang dilaporkan hanyut oleh arus kuat.

Di Wajima, tiga orang dilaporkan hilang semasa bekerja untuk memulihkan jalan dan seorang pekerja berjaya ke kawasan perlindungan.

Oleh itu, 75,000 penduduk di Ishikawa, termasuk di Wajima dan Suzu, diarahkan berpindah.

Manakala, 16,800 lagi penduduk di Niigata dan Yamagata juga diberi arahan sama. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN