fb fb fb fb fb

Banjir melanda St Tropez ketika hujan lebat di selatan Perancis

Foto menunjukkan kawasan banjir di St Tropez / AFP)

VIDAUBAN, 27 Oktober- Banjir melanda pusat peranginan mewah Perancis di St Tropez semalam ketika hujan lebat mengakibatkan penutupan jalan dan laluan kereta api di seluruh selatan negara itu.

Anggota bomba dikerah untuk membantu orang ramai yang terperangkap di dalam rumah dan kereta ketika paras air meningkat di wilayah Var termasuk bandar Brigitte Bardot dan tempat tinggal selebriti.

Wilayah St Tropez dan jabatan Var adalah antara yang paling teruk dilanda hujan.

Seorang bapa dan anak perempuannya yang berusia 11 tahun terpaksa diselamatkan dengan helikopter dari rumah mereka di Roquebrune-sur-Argens berdekatan.

Dua orang lagi berjaya diselamatkan dari bumbung kereta mereka.

Di jabatan Gard, seorang pemburu terpaksa diselamatkan dengan lima ekor anjingnya di atas sebuah pulau kecil di sungai Gardon.

Beberapa jalan ditutup dan perkhidmatan kereta api digantung semalam dan pada Jumaat lalu di laluan serantau yang menghubungkan Gard dan Lozere berlaku kejadian kereta api tergelincir berikutan tanah runtuh.- AFP

ZEHRA BINTI ZAMBRI