(Foto REUTERS)
BOLIVIA, 8 Februari- Dua orang terkorban manakala lebih 5,000 orang kehilangan tempat tinggal akibat banjir yang melanda di sini.
Mangsa yang terkorban masing-masing dari daerah Guanay dan Yanacachi.
Menurut Ketua Pengurusan Risiko Cochabamba, Fernando Fernandez, lima jambatan turut terjejas disebabkan banjir berkenaan.
"Hujan lebat menyebabkan banjir berlaku di sini sehingga menjejaskan banyak kenderaan, jalan raya dan memusnahkan rumah. Banyak kereta terperangkap disebabkan banjir tersebut," katanya ketika ditemui media di sini.
Dalam pada itu, Presiden Bolivia Luis Arce pada Selasa bertemu penduduk terjejas banjir di Santa Cruz untuk memberikan bantuan.
Beliau menasihati penduduk di kawasan banjir agar patuh dengan arahan pihak berkuasa untuk mengelak insiden tidak diingini berlaku.- REUTERS
(Foto REUTERS)