fb fb fb fb fb

Banjir di wilayah Marche: Tujuh maut, tiga masih hilang

(Situasi banjir di Senigallia, Itali/REUTERS)

MILAN, 16 September- Sekurang-kurangnya tujuh orang terkorban, manakala tiga lagi masih hilang dalam insiden banjir dan hujan lebat yang melanda wilayah tengah Itali, Marche semalam.

Pihak berkuasa tempatan berkata mereka tidak menjangkakan berlakunya "bom air" secara tiba-tiba kerana kira-kira 400 milimeter hujan turun dalam tempoh dua hingga tiga jam, sehingga menenggelamkan jalan di beberapa bandar di Wilayah Ancona dan Pesaro-Ubino.

Rakaman yang dikeluarkan oleh pasukan bomba menunjukkan pengendali menunjuk arah jalan-jalan di bandar tepi laut Sinigallia di atas bumbung bagi menyelamatkan orang ramai dan memindahkan mereka yang terjejas. Manakala yang lain pula cuba membersihkan jalan.

Pihak berkuasa memaklumkan perkhidmatan menyelamat masih mencari mangsa yang terselamat.

Sementara itu, pemimpin Parti Demokratik (PD) Itali menulis di Twitter bahawa mereka akan menghentikan kempen menjelang pilihan raya kebangsaan yang akan diadakan pada 25 September ini.- REUTERS


(Pasukan penyelamat tiba di di jalan yang dinaiki air selepas hujan lebat
melanda pantai timur wilayah Marche di Senigallia, Itali/REUTERS)

Media Baharu