BANGKOK, 28 November – Bilik mayat utama yang menempatkan mangsa banjir di selatan Thailand kini penuh, menyebabkan pihak berkuasa terpaksa membawa masuk tiga lori sejuk beku bagi menampung jumlah mayat yang semakin meningkat.
Pegawai yang bertugas di Hospital Songhkla berkata, bilik mayat hospital tidak lagi mampu menampung kemasukan mangsa selepas angka korban meningkat kepada 55 orang.
“Bilik mayat sudah melebihi kapasiti, jadi kami perlukan tambahan ruang,” katanya kepada AFP.
Rakaman wartawan AFP menunjukkan beberapa lori sejuk beku berwarna putih diletakkan di luar bangunan utama hospital.
Banjir besar yang melanda selatan Thailand minggu ini, khususnya di Hat Yai berhampiran sempadan Malaysia, menyebabkan kawasan di wilayah itu ditenggelami air.
Penduduk terpaksa berlindung di atas bumbung.
Kerajaan Thailand mengesahkan kematian di wilayah Songkhla melonjak kepada 55, berbanding enam hari sebelumnya.
Kerajaan turut menggantung tugas Ketua Daerah Hat Yai pada Jumaat atas dakwaan kegagalan bertindak balas terhadap bencana berkenaan. - AFP