JAKARTA, 28 November - Korban banjir dan tanah runtuh di pulau Sumatera, Indonesia meningkat kepada 84 orang.
Manakala, puluhan lagi masih hilang, menurut pihak penyelamat hari ini.
Jurucakap polis Sumatera Utara, Ferry Walintukan, berkata setakat pagi tadi 62 mangsa disahkan maut, manakala 95 lagi cedera terdiri daripada kecederaan ringan dan parah.
Sementara itu, sekurang-kurangnya 65 orang masih belum ditemui dan usaha mencari diteruskan.
Di wilayah berjiran, Sumatera Barat, kira-kira 22 mangsa terkorban dan 12 lagi dilaporkan hilang. - AFP