fb fb fb fb fb

Banjir di selatan Brazil, operasi menyelamat masih diteruskan

Sukarelawan dan pasukan penyelamat mengisi minyak bot dan jet ski mereka di Porto Alegre/ AFP

PORTO ALEGRE, 12 Mei- Hujan terus membasahi selatan Brazil membawa kesengsaraan baharu kepada penduduk yang tejejas dengan mangsa korban mencecah 136 orang setakat ini.

“Ramai orang melihat hujan dan trauma. Kami telah melihat betapa takutnya orang ramai,” kata

Anggota bomba di Porto Alegre, Enio Posti berkata mangsa yang terjejas mengalami trauma dan dalam ketakutan.

Hujan lebat minggu lalu menyebabkan sungai di negeri pertanian itu melimpah dan mencederakan 806 orang serta 125 orang lagi hilang selain terdapat mangsa yang terkorban, kata agensi pertahanan awam itu.

Daripada lebih dua juta orang yang terjejas akibat banjir, lebih 537,000 telah terpaksa meninggalkan rumah mereka di 81,000 tempat perlindungan.

Menurut Konfederasi Perbandaran Kebangsaan, lebih 92,000 rumah rosak dan musnah akibat banjir.

Pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan kerajaan Brazil berkata perubahan iklim dan fenomena cuaca El Nino menjadi punca berlaku banjir.

Hujan lebat baharu dijangka paling lebat antara Ahad dan Isnin, dan pihak berkuasa negeri memberi amaran tentang risiko peningkatan air dan tanah runtuh.

“Kami masih mengalami situasi kecemasan,” kata Gabenor Rio Grande do Sul Eduardo Leite dalam video di Instagram.

Penduduk diminta menjauhi kawasan banjir, dengan bahaya termasuk renjatan elektrik oleh talian elektrik yang terputus.

Sementara itu di jalanan di kawasan kejiranan Sao Joao kelihatan sukarelawan dan bomba bekerja dalam hujan lebat, membawa bekalan kepada penduduk di atas jet ski dan bot.

Sukarelawan turut membawa haiwan peliharaan ke tempat perlindungan, dengan merawat mereka yang memerlukan rawatan.

Tentera dan pasukan keselamatan lain juga turun padang memberi bantuan.

Hampir dua tan makanan dan bekalan telah diagihkan oleh kerajaan persekutuan, di mana Presiden, Luiz Inacio Lula da Silva berata ia adalah "gerakan sumbangan terbesar yang pernah direkodkan dalam sejarah" di Brazil.

Kerajaan persekutuan minggu ini menjanjikan kira-kira AS$10 bilion (RM47.4 bilion) untuk pembinaan semula Rio Grande do Sul, yang sedang mengalami bencana iklim terburuk yang pernah berlaku.

Paras air di Sungai Guaiba di negeri itu, yang mengalir melalui Porto Alegre, menempatkan 1.4 juta orang, mencapai paras tertinggi minggu ini.

Walaupun hujan baharu masih berterusan, penduduk Porto Alegre cuba memulihkan keadaan normal, dengan beberapa kedai dan restoran dibuka.

Masih berlaku gangguan bekalan air dan kelihatan lori tangki menghantar air bersih di seluruh bandar.

Di tempat lain, terdapat trak vakum mengepam air banjir berlumpur dari jalan dan bangunan.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Brazil telah dilanda banjir terburuk, kebakaran hutan yang memecahkan rekod, gelombang panas yang tidak pernah berlaku sebelum ini serta kemarau. — AFP

ZEHRA BINTI ZAMBRI