fb fb fb fb fb

Banjir di Libya, ragut 3,000 nyawa

QANDULA, 12 September- 3,000 terbunuh manakala beribu-ribu lagi hilang akibat banjir yang melanda Libya, Ahad lalu.

Kebanyakan mangsa merupakan penduduk bandar pelabuhan Derna.

Kawasan perumahan dan jalan raya disana musnah akibat bencana itu.

Jurucakap Tentera Nasional Libya, Ahmed Mismari, yang mengawal timur Libya, menganggarkan jumlah yang hilang sekitar 5,000 orang.

Dalam pada itu, ketua kumpulan bantuan Bulan Sabit Merah di wilayah itu berkata penyaluran bantuan terutama ubat-ubatan sudah digerakkan.

Selepas melanda Greece minggu lalu, Ribut Daniel melanda Mediterranean pada Ahad, memusnahkan bangunan dan jalan di Derna.

Selain melanda penempatan lain di sepanjang pantai, termasuk bandar kedua terbesar di Libya, Benghazi.


(FOTO REUTERS)

Dalam pada itu, usaha menyelamat dan bantuan sedang dilakukan untuk membantu mereka yang terjejas dalam banjir di Libya.


Perkara itu diumumkan Komander Tentera Libya, Khalifa Haftar.

Kira-kira satu perempat daripada bandar Derna di timur Libya telah musnah selepas empangan pecah dalam ribut.

Palang Merah berkata 10,000 orang dikhuatiri hilang.

"Kami telah mengarahkan kerajaan membentuk jawatankuasa khusus untuk menilai kerosakan, mempercepatkan pembinaan semula jalan untuk memudahkan pengangkutan, memulihkan tenaga elektrik dan mengambil semua langkah segera dan perlu terhadap hal itu.

Semua badan rasmi, terutamanya bank pusat Libya harus menyediakan sokongan kewangan segera yang diperlukan supaya mereka boleh melakukan kerja mereka dan meneruskan pembinaan semula," kata Khalifa kepada media.

Rakaman yang disiarkan di TV Al Masar Libya menunjukkan jalan yang ditenggelami air serta banyak bangunan runtuh.

Sekurang-kurangnya seribu mayat telah ditemui di bandar Derna sahaja, dan pegawai menjangkakan angka kematian akan lebih tinggi.-REUTERS

 

Media Baharu