fb fb fb fb fb

Isu semenanjung Korea, China komited kekalkan keamanan dan kestabilan

FOTO REUTERS

BEIJING, 12 September- China komited untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan di semenanjung Korea.

Ia berikutan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol menggesa China memainkan peranan "bertanggungjawab" dalam mengekang ancaman nuklear dan peluru berpandu Korea Utara.

Jurucakap kementerian luar, Mao Ning berkata Yoon dan Perdana Menteri China, Li Qiang telah membincangkan situasi di semenanjung Korea semasa mesyuarat ringkas di luar sidang kemuncak G20 di New Delhi baru-baru ini.

"Pemimpin China dan Korea Selatan ada membincangkan isu semenanjung Korea semasa pertemuan mereka. China mengulangi pendirian dan prinsipnya untuk menyokong perdamaian dan kerjasama antara Utara dan Selatan di semenanjung Korea.

Ia adalah penting untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan sekali gus menyatakan kesediaan untuk terus komited membela keamanan sejagat," kata Mao kepada media tempatan.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, Mao berkata beliau tidak mempunyai maklumat untuk diberikan.

Kenyataan itu dibuat selepas pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un tiba di Rusia.- REUTERS


(Foto Hiasan)

 

Media Baharu