fb fb fb fb fb

Banjir di Kenya ragut 120 nyawa

FOTO AFP

NAIROBI, 29 November- Angka kematian akibat banjir di Kenya telah meningkat hampir dua kali ganda kepada 120.

Lebih 89,000 isi rumah juga telah dipindahkan dan ditempatkan di lebih 112 kem, kata pegawai tertinggi Kementerian Dalam Negeri Raymond Omollo dalam satu kenyataan.

Kenya dan jirannya Somalia dan Ethiopia sedang bertarung dengan banjir yang disebabkan oleh arus deras yang dikaitkan dengan corak cuaca El Nino.

Presiden William Ruto mempengerusikan mesyuarat tergempar kabinet mengenai bencana itu pada Isnin, berjanji untuk menyalurkan jutaan dolar ke kawasan yang terjejas.

“El Nino, telah menyebabkan banjir besar yang malangnya menyebabkan kehilangan nyawa, perpindahan keluarga, wabak penyakit, kemusnahan infrastruktur dan harta benda, serta gangguan bekalan elektrik yang berpanjangan di seluruh Kenya dan banyak bahagian rantau Afrika Timur," katanya.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE