WARSAW, 29 November- Empat orang maut dan seorang lagi cedera dalam kemalangan di sebuah lombong arang batu di selatan Poland pada Selasa, kata Pejabat Kebangsaan bagi Galian (WUG) negara itu.
Sebuah paip air pecah kira-kira 500 meter (1,640 kaki) di bawah tanah di sebuah lombong di Jaworzno, membunuh empat orang dan mencederakan seorang lagi, kata jurucakap pejabat Piotr Strzoda kepada AFP.
Mangsa keenam bagaimanapun selamat, dan tidak mengalami kecederaan.
Setakat ini direkodkan seramai 11 orang maut dalam kemalangan perlombongan di Poland tahun ini, menurut WUG.
Poland mengalami 36 kemalangan lombong yang membabitkan kematian tahun lepas. Negara itu sangat bergantung pada perlombongan untuk pengeluaran tenaga.-AFP