fb fb fb fb fb

Banjir: 10 orang maut di China

(Foto AFP)

BEIJING, 5 Ogos- Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh akibat banjir di sebuah bandar di wilayah Hebei, China.

Menurut Pejabat Datuk Bandar, lebih 600,000 orang di bandar itu telah dipindahkan daripada kawasan yang dianggap berisiko.

China telah dilanda cuaca ekstrem sejak beberapa bulan kebelakangan ini, daripada gelombang panas kepada hujan yang membawa maut.

"Bencana alam menyebabkan 147 kematian bulan lepas di negara tersebut.

"142 daripada kematian yang direkodkan pada bulan Julai disebabkan banjir.

"Baki lima kematian lagi adalah disebabkan bencana alam lain seperti kemarau.

"Lebih 2,300 rumah runtuh dan mencatat kerugian berjumlah 15.8 bilion yuan (AS$2.2 bilion)," Katanya menerusi kenyataan. - AFP


(Foto AFP)

Media Baharu