fb fb fb fb fb

Seorang maut, lima cedera di tapak perlombongan Poland

(Foto Hiasan)

WARSAW, 5 Ogos- Seorang maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan di tapak perlombongan di bandar Ruda Slaska, selatan Poland.

Jurucakap Syarikat Perlombongan PGG, Tomasz Glogowski berkata mangsa maut ialah seorang lelaki berumur 39 tahun.

"Seorang maut manakala lima lagi cedera berikutan gegaran pada kedalaman sekitar satu kilometer pada pukul 6.13 pagi.

"Operasi menyelamat tamat pada jam 10.00 pagi," katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu, Pejabat Kebangsaan untuk Galian (WUG) berkata seramai tujuh orang meninggal dunia di kawasan perlombongan di Poland tahun ini.

Menurut WUG, tahun lepas, 30 kematian dicatatkan.

Sektor perlombongan berperanan penting dalam pengeluaran tenaga di negara tersebut. - AFP


(Foto Fail)

Media Baharu