fb fb fb fb fb

Banduan sertai acara rodeo dalam penjara

(Banduan mengambil bahagian dalam Convict Poker di mana mereka cuba menjadi peserta terakhir
dengan tangan mereka di atas meja ketika seekor lembu jantan menyerang mereka dalam acara 
rodeo di Penjara Negeri Louisiana 23 April 2023, di Angola, Louisiana / AFP)

LOUISIANA, 25 April- Penjara Louisiana yang dikenali sebagai 'Angola' meneruskan tradisi dengan menganjurkan acara rodeo membabitkan penyertaan banduan.

Acara rodeo unik tersebut kini memasuki tahun ke-57.

Rodeo itu, yang digambarkan dalam laman webnya sebagai 'pertunjukan paling liar di selatan,' memaparkan kira-kira berpuluh acara di mana banduan dan koboi profesional bersaing bawah pengawasan pengawal penjara dan orang ramai yang menonton.

Seperti pertunjukan biasa, kanak-kanak yang hadir boleh menaiki kuda untuk riadah, tetapi kawasan luar dikelilingi oleh pagar berduri dan menara pengawal.

Di arena yang berlantaikan tanah, banduan berpakaian seragam berjalur hitam putih, topi keledar dan topi koboi berjalan-jalan dengan bebas dan bersedia untuk persembahan mereka yang akan datang.

Selain acara rodeo tradisional seperti menunggang lembu jantan, Angola Rodeo juga menyertakan cabaran yang lebih berani seperti 'Convict Poker' di mana empat banduan duduk mengelilingi meja dengan seekor lembu jantan liar dilepaskan. Lelaki terakhir yang tinggal duduk menang.

Terdapat juga acara 'Guts & Glory', yang merupakan acara tumpuan, menurut laman web rodeo.

Dalam pertandingan itu, beberapa banduan cuba untuk menjadi yang pertama merebut cip poker yang diikat pada lembu jantan Brahma paling agresif.

Banduan telah mengambil bahagian dalam rodeo sejak 1965 di penjara, yang secara rasmi dikenali sebagai Penjara Negeri Louisiana.

Fasiliti pemulihan itu, merupakan penjara keselamatan maksimum terbesar di Amerika Syarikat, terletak di tapak bekas ladang hamba, dan sebelum ini terkenal dengan keganasan yang mengerikan dan keadaan hidup yang ekstrim.

Rodeo telah menjadi semakin popular, menarik beberapa puluh ribu orang setiap tahun. Yuran kemasukan dilaporkan disalurkan ke pembiayaan untuk program sokongan banduan.

Pertandingan tersebut membolehkan mereka memperoleh wang dengan menyertai acara berkenaan atau dengan menjual kraftangan kepada orang ramai.

Antara yang dihasilkan, arca kayu, lukisan mahupun model yang dibuat oleh sendiri di sebalik tirai besi. -AFP


(Banduan mengambil bahagian dalam acara rodeo di
Penjara Negeri Louisiana 23 April 2023, di Angola, Louisiana / AFP)

Media Baharu