fb fb fb fb fb

Balkoni gereja di Filipina runtuh, seorang maut

FOTO FB Mayor Arthur Robes

MANILA, 15 Februari- Balkoni di sebuah gereja di Filipina runtuh dan mengorbankan seorang warga emas, manakala 53 yang lain cedera dalam perayaan Rabu Abu, semalam.

Ketua Pertahanan Awam di San Jose del Monte, Gina Ayson berkata, mangsa maut adalah wanita berusia 80 tahun akibat kecederaan parah di bahagian dada.

"Pegawai bangunan bandar mendapati sebahagian daripada struktur kayu yang runtuh itu diserang anai-anai.

"Ia kelihatan baik dari luar. Kami tidak tahu ia dimakan dari dalam," katanya.

Ketika kejadian, gereja Saint Peter the Apostle yang dibina pada tahun 1994 itu menerima kehadiran kira-kira 400 orang.

Gereja berusia 30 tahun terbabit telah diarah tutup untuk pemeriksaan keselamatan.

Rakaman video dan gambar yang dikongsi orang ramai di platform media sosial menunjukkan sebahagian daripada balkoni kayu itu tergantung kurang satu meter dari tingkat bawah dengan dipenuhi bangku gereja, kerusi plastik pecah dan serpihan runtuhan. -AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA