fb fb fb fb fb

Bahasa Melayu berkumandang di Perhimpunan Agung PBB

NEW YORK, 24 September - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencipta sejarah sebagai pemimpin tertinggi Malaysia yang pertama berucap menggunakan bahasa kebangsaan sepenuhnya di Debat Umum Perhimpunan Agung PBB ke-77.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tampil segak berbaju melayu ketika
menyampaikan kenyataan negara pada Debat Umum Perhimpunan Agung PBB ke-77, di New York)

Tampil segak berbaju melayu hitam, Datuk Seri Ismail mencuri tumpuan delegasi lain sebaik melangkah masuk ke dewan utama.

Selain Perdana Menteri, seluruh delegasi negara turut memakai baju kebangsaan dan batik Malaysia.

Kali pertama pemimpin negara memakai baju Melayu ketika menyampaikan ucapan di PBB adalah 65 tahun lalu.

Datuk Seri Ismail Sabri menyampaikan ucapannya menggunakan intonasi yang tegas, namun penyampaiannya tenang dan jelas.

Media Baharu