(FOTO REUTERS)
BURSA, 23 Januari- Pembentukan awan pelik berwarna merah yang kelihatan seperti objek terbang tidak dikenali (UFO), mengemparkan suasana pagi penduduk bandar di sini, Khamis lalu.
Awan berbentuk agak bulat itu muncul ketika matahari terbit yang turut memperlihatkan lubang besar di tengahnya.
Direktorat Meteorologi Turkiye memberitahu pembentukan aneh tersebut adalah contoh awan kanta yang terbentuk akibat angin kencang yang turun naik di atas bukit serta gunung.
Sementara itu, pancaran cahaya matahari terbit menyebabkan awan besar berkenaan bertukar warna dari jingga kepada merah dan kuning.
Saksi berkata, bentuk itu dapat dilihat selama kira-kira sejam sebelum hilang dari langit.
Gambar awan pelik berkenaan turut tular di media sosial. -Reuters
(FOTO REUTERS)