fb fb fb fb fb

Australia usaha lulus rang undang-undang pemotongan cukai

Anthony Albanese/REUTERS

SYDNEY, 6 Februari- Kerajaan Australia akan meneruskan rancangan untuk meluluskan rang undang-undang pemotongan cukai yang dibentuk semula. Ia bertujuan untuk memberi ruang kepada golongan berpendapatan rendah sambil mengurangkan faedah kepada golongan kaya.

Parlimen akan bwermula pada Selasa buat kali pertama tahun ini .

Kerajaan Buruh berhaluan tengah telah mempromosikan dasar cukai baharu itu, yang diumumkan bulan lalu. Ia akan memberi manfaat kepada lebih ramai rakyat Australia.

Namun pembangkang telah mengkritik Perdana Menteri Australia Anthony Albanese kerana melanggar janji pilihan raya bahawa beliau tidak akan mengubah suai dasar cukai. Sebelum ini ia telah digubal oleh kerajaan konservatif pada 2019.

Penyokong Albanese mempertahankan peralihan dasar yang memetik tekanan kos sara hidup berikutan isi rumah bergelut dengan inflasi tinggi.

Menerusi dasar baharu itu, lebih ramai orang akan terkesan dengan dengan pengurangan cukai lebih rendah bermula 1 Julai dan pemotongan cukai untuk golongan kaya mungkin akan berkurangan separuh, dengan penjimatan dialihkan kepada mereka yang berpendapatan rendah.

"Ia adalah keputusan tepat yang dibuat. Dan itulah yang kami akan usulkan di parlimen," kata Albanese kepada pemberita di Canberra pada hari Selasa.

Beberapa media Australia melaporkan pakatan pembangkang konservatif bersetuju untuk menyokong undang-undang pemotongan cukai. Pengumuman rasmi dijangka pada Selasa.

Albanese sedang cuba menaikkan penarafan kelulusannya dengan janji pelepasan cukai yang lebih tinggi untuk majoriti rakyat Australia.

Tinjauan Newspoll untuk akhbar The Australian pada Isnin menunjukkan 62% pengundi menyokong keputusan kerajaan walaupun penarafan Albanese sebahagian besarnya kekal tidak berubah.

Atas dasar pilihan dua parti, Buruh mendahului pembangkang dengan 52-48%.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI