fb fb fb fb fb

Australia tuntut Rusia banteras penjenayah siber

SYDNEY, 8 Mac- Birokrat tertinggi kerajaan Australia menuntut Rusia membanteras sejumlah besar penjenayah siber yang beroperasi di negara itu.

Tindakan mereka menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara.

Komen itu muncul ketika Canberra memperbaharui dasar keselamatan sibernya berikutan serangan siber ke atas beberapa syarikat terbesar di negara itu.

"Rusia merupakan penjenayah siber paling ramai selain mempunyai perisian maklumat pengguna," kata Setiausaha Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri Michael Pezzullo pada Sidang Kemuncak Perniagaan AFR di Sydney.

"Kami menyeru kerajaan Rusia untuk membawa penggodam itu ke hadapan."

Bagaimanapun, jurucakap kedutaan Rusia tidak memberikan sebarang jawapan.

Bulan lalu, kerajaan Australia berkata ia merancang untuk merombak peraturan keselamatan sibernya serta menubuhkan sebuah agensi di jabatan Pezzullo untuk menyelaraskan pelaburan kerajaan selain membantu tindak balas terhadap serangan penggodam.

Serangan ke atas infrastruktur teknologi adalah salah satu ancaman terbesar kepada keselamatan negara Australia, kata Pezzullo.

Amerika Syarikat dan Britain menyekat beberapa warga Rusia yang dituduh melakukan serangan siber bulan lalu kerana telah melumpuhkan perniagaan, sekolah dan hospital.- REUTERS

(Paparan kod binari di skrin komputer riba/REUTERS)

Media Baharu