fb fb fb fb fb

Rumah Putih sokong AS haramkan TikTok

WASHINGTON, 8 Mac- Rumah Putih menyokong undang-undang yang diperkenalkan pada Selasa oleh 12 senator untuk memberi pentadbiran kuasa baharu untuk mengharamkan aplikasi video milik China, TikTok dan teknologi asing lain jika ia menimbulkan ancaman keselamatan negara.

Pengendorsan itu meningkatkan usaha beberapa penggubal undang-undang untuk mengharamkan aplikasi popular yang dimiliki oleh syarikat China dan digunakan oleh lebih 100 juta rakyat Amerika.

Rang undang-undang itu akan memberi Jabatan Perdagangan kuasa untuk mengenakan sekatan termasuk mengharamkan TikTok dan teknologi lain yang menimbulkan risiko keselamatan negara, kata Senator Demokrat Mark Warner, yang mempengerusikan Jawatankuasa Perisikan.

Perkara itu turut akan terpakai kepada teknologi asing dari China, Rusia, Korea Utara, Iran, Venezuela dan Cuba, katanya.

TikTok mengkritik langkah tersebut, dalam satu kenyataan "larangan AS terhadap TikTok adalah larangan ke atas eksport budaya dan nilai Amerika kepada berbilion pengguna perkhidmatan kami di seluruh dunia."

Senator yang memperkenalkan undang-undang itu, diketuai oleh Warner dan Republikan John Thune, juga termasuk Demokrat Tammy Baldwin, Joe Manchin, Michael Bennet, Kirsten Gillibrand dan Martin Heinrich bersama Republikan Deb Fischer, Jerry Moran, Dan Sullivan, Susan Collins dan Mitt Romney.

Menurut Warner, "adalah penting kerajaan menjelaskan risiko keselamatan negara daripada TikTok."

Penasihat keselamatan negara Rumah Putih Jake Sullivan memuji rang undang-undang itu berkata, "kami berharap untuk terus bekerjasama dengan kedua-dua Demokrat dan Republikan mengenai rang undang-undang ini, dan menggesa Kongres bertindak segera untuk menghantarnya ke meja Presiden," katanya dalam satu kenyataan.- REUTERS

(TikTok logo/REUTERS)

Media Baharu