COOMA, 24 Julai - Australia akan melonggarkan sekatan terhadap import daging lembu dari Amerika Syarikat (AS), menurut kenyataan Kementerian Pertanian negara itu pada Khamis.
Langkah itu berpotensi melancarkan rundingan perdagangan dengan Presiden AS, Donald Trump, yang sebelum ini mengkritik peraturan ketat sedia ada.
Menteri Pertanian, Julie Collins, dalam satu kenyataan berkata, penilaian ketat berasaskan sains dan risiko mendapati bahawa langkah pemantauan serta kawalan pergerakan ternakan oleh AS mampu mengurus risiko biosekuriti dengan berkesan.
Canberra telah mengenakan sekatan ke atas import daging lembu dari AS sejak 2003 berikutan kebimbangan terhadap penyakit lembu gila.
Sejak 2019, Australia hanya membenarkan kemasukan daging daripada haiwan yang lahir, dibesarkan dan disembelih di AS. -REUTERS