fb fb fb fb fb

Kebuluran, letupan terus gugat kehidupan penduduk Gaza

Foto REUTERS

KHAN YUNIS, 24 Julai - Beberapa letupan dilaporkan menggegarkan Gaza pada pagi Khamis, ketika penduduk terus berdepan dengan kebuluran.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyifatkan krisis kelaparan di wilayah Palestin itu sebagai “kebuluran ciptaan manusia” akibat sekatan terhadap bantuan kemanusiaan.

Bekalan makanan di Gaza semakin berkurangan sejak konflik Israel-Hamas bermula pada Oktober 2023, apabila Israel menghentikan semua bekalan masuk ke wilayah itu pada Mac, sebelum menarik balik sekatan pada Mei dengan pelbagai syarat tambahan atas alasan keselamatan.

Serangan berterusan Israel di Gaza telah mencetuskan krisis kemanusiaan yang memberi kesan kepada lebih dua juta penduduk.

Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan bahawa 10 lagi rakyat Palestin meninggal dunia akibat kebuluran dalam tempoh semalaman menjadikan jumlah korban kini meningkat kepada 111 orang; kebanyakannya dalam beberapa minggu kebelakangan ini susulan gelombang kebuluran yang melanda wilayah itu. -REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM