fb fb fb fb fb

Australia larang kanak-kanak guna media sosial

FOTO HIASAN

SYDNEY, 10 September- Australia akan melarang kanak-kanak menggunakan media sosial dengan menetapkan had umur minimum 16 tahun, kata Perdana Menteri pada Selasa, berikrar untuk mengalihkan anak-anak daripada peranti mereka untuk melakukan aktiviti fizikal lain.

Undang-undang persekutuan untuk menghalang kanak-kanak daripada menggunakan media sosial akan diperkenalkan tahun ini, kata Perdana Menteri Anthony Albanese, menggambarkan kesan laman-laman tersebut terhadap golongan muda sebagai "musibah".

Had umur minimum untuk kanak-kanak log masuk ke laman seperti Facebook, Instagram dan TikTok masih belum ditentukan tetapi dijangka antara 14 hingga 16 tahun, kata Albanese.

Ujian pengesahan umur akan dijalankan dalam beberapa bulan akan datang sebelum undang-undang diperkenalkan pada akhir tahun ini, kata pemimpin itu.

"Saya mahu lihat kanak-kanak jauh daripada peranti mereka dan ke padang bola, kolam renang dan gelanggang tenis," kata Albanese.

"Kami mahu mereka mempunyai pengalaman sebenar dengan orang sebenar kerana kami tahu bahawa media sosial menyebabkan kemudaratan sosial," tambahnya dalam temubual dengan penyiar kebangsaan ABC.

Dalam siri temubual media tersebut, Albanese menyatakan pilihannya adalah untuk menyekat media sosial bagi kanak-kanak yang lebih muda daripada 16 tahun.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE