fb fb fb fb fb

Aung San Suu Kyi mungkin dikenakan tahanan rumah

(FOTO RTM)

NAYPYITAW, 26 Julai -Kerajaan tentera Myanmar mungkin memindahkan pemimpin yang digulingkan, Aung San Suu Kyi dari penjara ke tahanan rumah di sini.

Pemenang Nobel berusia 78 tahun itu ditahan awal 2021 selepas tentera menggulingkan kerajaan menerusi rampasan kuasa yang menyaksikan ribuan rakyat dipenjarakan dan terbunuh.

Akhbar Associated Press memetik seorang pegawai keselamatan yang tidak dikenali sebagai berkata tindakan itu adalah tindakan pengampunan kepada banduan sebagai sebahagian daripada upacara keagamaan yang dijadualkan minggu depan.

Manakala Perkhidmatan berbahasa Burma BBC memetik sumber yang dekat dengan penjara sebagai berkata dia mungkin telah dipindahkan ke rumah yang biasanya digunakan oleh pegawai kerajaan.

Sementara itu, jurucakap tentera Myanmar tidak memberi sebarang maklum balas berhubung perkara tersebut.

Peguam Suu Kyi dan jurucakap Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG), yang menentang pemerintahan tentera juga tidak dapat mengesahkan laporan itu.

Banyak kerajaan Barat mengecam perlakuan junta terhadap Suu Kyi dan menyeru agar mereka dibebaskan.

Bulan ini, Menteri Luar Thailand, Don Pramudwinai berkata beliau baru-baru ini bertemu Suu Kyi, pegawai asing pertama yang diberikan akses sejak dia ditahan lebih dua tahun lalu.-REUTERS


(FOTO RTM)

 

Media Baharu