fb fb fb fb fb

AS-Ukraine perlu langkah seterusnya untuk damai - Rubio

Foto REUTERS

FLORIDA, 1 Disember - Rundingan antara pegawai Amerika Syarikat (AS) dan Ukraine di Florida pada Ahad dilihat memberi perkembangan positif dalam usaha menamatkan perang di Ukraine, namun kerja-kerja diplomasi masih belum selesai, kata Setiausaha Negara AS, Marco Rubio.

Rubio menyifatkan pertemuan itu sebagai “sangat produktif”, namun menegaskan terdapat banyak perkara yang masih perlu diperhalusi, terutamanya melibatkan peranan Russia dalam perjanjian damai yang dicadangkan.

“Terdapat banyak bahagian yang bergerak, dan sudah tentu ada satu lagi pihak yang harus menjadi sebahagian daripada persamaan ini,” katanya kepada pemberita.

Menurut beliau, usaha diplomatik akan diteruskan minggu ini apabila utusan khas AS, Steve Witkoff, dijadualkan berangkat ke Moscow untuk mengadakan rundingan lanjut dengan pihak Russia. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN