fb fb fb fb fb

AS tolak resolusi Majlis Keselamatan PBB, gencatan senjata di Palestin

Majlis Keselamatan PBB mengadakan mesyuarat mengenai perang Israel-Hamas, di New York City, 20 Feb. 2024/AFP

GAZA, 21 Februari- Amerika Syarikat (AS) hari ini menolak resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang menggesa gencatan senjata di Palestin.

Israel meneruskan pengeboman ke atas Gaza, ketika Washington memveto resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menggesa gencatan senjata di wilayah Palestin, di mana kebimbangan semakin meningkat tentang krisis kemanusiaan di wilayah itu.

Negara-negara antarabangsa yang cuba mencari jalan keluar daripada krisis yang semakin meruncing itu gagal. Desakan oleh pengantara untuk mencapai gencatan senjata dan dua cadangan gencatan senjata yang dikemukakan di Pertubuhan Bangsa Bersatu tidak membuahkan hasil.

Pada Selasa Washington memveto cadangan pertama, yang digubal oleh Algeria, yang menuntut gencatan senjata kemanusiaan segera dan pembebasan "tanpa syarat" semua tahanan yang diculik dalam serangan 7 Oktober.

Duta Washington ke PBB, Linda Thomas-Greenfield, menyifatkan undian itu sebagai "berharap dan tidak bertanggungjawab".

Sementara itu, Hamas berkata tindakan AS seperti "lampu hijau bagi Israel untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai".

Veto itu mencetuskan kritikan daripada negara China dan Rusia, yang telah menolak sokongan AS untuk Israel, termasuk Perancis, Malta dan Slovenia.

Tekanan terhadap Presiden AS Joe Biden semakin meningkat untuk menghentikan sokongan terhadap Israel, sehingga Washington juga mengemukakan draf resolusi alternatif mengenai Gaza, memberikan sokongan untuk gencatan senjata sementara di Gaza secepat mungkin.

Ketika kuasa diplomatik bertelagah, Israel terus menyerang Gaza dan mengorbankan sejumlah 103 rakyat Palestin dalam tempoh 24 jam lalu, kata Kementerian Kesihatan.

Serangan terbaharu rejim zionis turut menyasarkan bandar paling selatan Rafah dan ke timur bandar Gaza.-AFP

ROSLINA BINTI DIN