fb fb fb fb fb

Pencerobohan Israel adalah pembunuhan beramai-ramai- Presiden Brazil

Foto AFP

RIO DE JANEIRO, 21 Februari- Menteri Luar Brazil, Mauro Vieira pada hari Selasa menuduh rakan sejawatannya, Israel "berbohong" mengenai kempen ketenteraan Israel di Gaza.

Beliau turut menyokong kenyataan Presiden Luiz Inacio Lula da Silva iaitu pencerobohan di Palestin adalah dengan niat melakukan pembunuhan beramai-ramai, yang diumpamakan sama sewaktu pemimpin Nazi Adolf Hitler membunuh orang Yahudi secara besar-besaran.

Kenyataan dikeluarkan ketika Brazil menjadi tuan rumah Mesyuarat Menteri Luar G20 minggu ini.

Susulan itu, Israel mengecam da Silva kerana membandingkan perang Israel di Semenanjung Gaza dengan Holocaust yang dilakukan oleh Adolf Hitler terhadap Yahudi semasa perang dunia kedua.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam tindak balasnya berkata, Lula sudah 'keterlaluan'. Manakala, Menteri Luar Israel, Israel Katz pula mengisytiharkan pemimpin Brazil itu tidak dibenarkan memasuki Israel selagi beliau tidak menarik balik kenyataannya dan membuat permohonan maaf.

Katz juga memanggil duta Brazil, Frederico Meyer untuk bertemu pada Isnin di pusat peringatan Yad Vashem Holocaust di Baitulmaqdis.

Kementerian Luar Brazil kemudiannya memanggil duta Israel ke Brazil, Daniel Zonshinem, dan memanggil semula Meyer dari Tel Aviv untuk berbincang.

Pada hari Selasa, Katz menerusi platform X menyifatkan perbandingan Lula itu sebagai "khayal."-AFP

ROSLINA BINTI DIN