fb fb fb fb fb

AS tolak draf resolusi gencatan senjata, cetus krisis kemanusiaan serius

Foto AFP

BEIJING, 22 Februari- Keputusan Amerika Syarikat memveto draf resolusi baharu gencatan senjata segera di Gaza akan mendorong konflik menjadi lebih berbahaya.

Menteri Luar China, Mao Ning menegaskan, krisis kemanusiaan di Gaza sangat serius, sekali gus menjejaskan keamanan dan kestabilan serantau.

"China mengundi menyokong draf resolusi itu", katanya.

"Majlis Keselamatan mesti mengambil tindakan secepat mungkin untuk menghentikan permusuhan. Ini adalah kewajipan moral yang tidak boleh ditangguhkan," katanya.

"Kami akan terus bekerjasama dengan semua pihak masyarakat antarabangsa untuk mendesak Majlis Keselamatan mengambil tindakan yang lebih bertanggungjawab dan bermakna, serta melakukan usaha yang berterusan untuk menamatkan perperangan di Gaza dengan segera" tambah Mao.

Sementara itu, banyak negara kecewa, tidak berpuas hati dan mengkritik keputusan Washington mengggunakan kuasa veto buat kali ketiga, menolak resolusi berkaitan Gaza di Majlis Keselamatan PBB.

Ini termasuk China, Rusia dan Arab Saudi. Malah, sekutu rapat Amerika, iaitu Perancis dan Slovenia.

Pada Selasa, AS memveto resolusi satu lagi draf resolusi Majlis Keselamatan PBB mengenai gencatan senjata segera di Gaza yang dilanda konflik dan pembebasan tanpa syarat semua tahanan yang diculik dalam serangan Oktober tahun lalu.

Duta Besar AS ke PBB Linda Thomas-Greenfield menyifatkan undian itu sebagai berharap dan tidak bertanggungjawab kerana ia boleh meletakkan rundingan untuk membebaskan tahanan dalam bahaya.-AFP

ROSLINA BINTI DIN