fb fb fb fb fb

AS teruskan operasi banteras kartel dadah

Marco Rubio / Foto AFP

MEXICO CITY, 4 September - Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio, menegaskan operasi ketenteraan menentang kartel dadah akan diteruskan meskipun persoalan berhubung serangan maut terhadap sebuah kapal dari Venezuela masih belum terjawab.

Rubio menyatakan demikian ketika berada di Mexico City selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Claudia Sheinbaum serta rakan sejawatnya, Juan Ramon de la Fuente.

Dalam kenyataan bersama, kedua-dua kerajaan memaklumkan penubuhan kumpulan pelaksanaan peringkat tinggi yang akan bermesyuarat secara berkala bagi menilai komitmen bersama dan tindakan di negara masing-masing.

Rubio dijadual menamatkan lawatan 24 jam ke Mexico sebelum berlepas ke Ecuador pada petang Rabu. -REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM