fb fb fb fb fb

AS serang pelabuhan minyak Yaman, 58 terbunuh

Foto Reuters

WASHINGTON, 18 April- Sekurang-kurangnya 58 orang terbunuh manakala 126 lagi cedera dalam serangan udara oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas pelabuhan minyak di Ras Isa, Yaman, menurut saluran TV pro-Huthi, Al Masirah.

Serangan itu dikatakan antara yang paling dahsyat sejak operasi ketenteraan AS terhadap kumpulan itu bermula.

Washington memulakan serangan besar-besaran ke atas puak Houthi bulan lalu, operasi ketenteraan terbesar di Asia Barat sejak Presiden Donald Trump kembali memegang jawatan Januari lalu.

Ia sebagai tindak balas terhadap serangan Huthi ke atas kapal-kapal dagang di Laut Merah.

Tentera Pusat Amerika (CENTCOM) dalam kenyataan awalnya menyatakan serangan tersebut bertujuan untuk memusnahkan sumber bahan api yang menjadi kekuatan ekonomi kumpulan Houthi.

“Matlamat serangan ini adalah untuk melemahkan sumber ekonomi Houthi yang terus mengeksploitasi serta menyusahkan rakyat mereka sendiri,” kata CENTCOM menerusi hantaran di platform X.

Puak Houthi, yang disokong oleh Iran, telah melancarkan puluhan serangan peluru berpandu dan dron ke atas kapal-kapal dagang sejak November 2023, mendakwa mereka menyasarkan kapal berkaitan Israel sebagai tanda protes terhadap perang di Gaza.

Bagaimanapun, serangan ke atas laluan perkapalan dihentikan semasa gencatan senjata dua bulan di Gaza, dan walaupun mereka berikrar akan menyambung serangan selepas Israel meneruskan serangan di wilayah itu bulan lalu.

Bagaimanapun, tiada serangan baharu berlaku sejak itu.

Terdahulu, lebih 50 orang dilaporkan terbunuh dalam serangan dua hari oleh AS pada Mac lalu, menurut pegawai Huthi.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM