fb fb fb fb fb

AS kecam pencerobohan dron Rusia ke ruang udara Poland

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio / Foto REUTERS

WASHINGTON, 14 September – Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio, menyifatkan pencerobohan dron Rusia ke ruang udara Poland sebagai tindakan “tidak boleh diterima dan berbahaya,

Namun beliau menegaskan siasatan masih diperlukan bagi menentukan sama ada dron itu sengaja dihantar ke wilayah Poland.

Rubio berkata, jika terbukti dron tersebut memang disasarkan ke Poland, ia akan menjadi “langkah yang mampu mencetuskan peperangan.

Beliau turut menambah Washington akan menunggu bukti lengkap serta berunding dengan sekutunya sebelum membuat keputusan lanjut.

Kenyataan itu hadir sehari selepas NATO mengumumkan rancangan memperkukuh pertahanan di bahagian timur Eropah, susulan tindakan Poland menembak jatuh dron Rusia yang menceroboh ruang udaranya.

Sementara itu, Poland menolak kenyataan Presiden AS Donald Trump yang menyatakan pencerobohan itu mungkin satu kesilapan, dengan Menteri Luar Poland menegaskan Washington perlu mengambil tindakan bagi menunjukkan sokongan terhadap Warsaw. - REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD