fb fb fb fb fb

AS,Israel dan Hamas dilaporkan capai perjanjian tentatif, henti seketika pertempuran

FOTO AFP

GAZA, 20 November -Amerika Syarikat (AS), Israel dan Hamas mencapai kata sepakat berkaitan perjanjian tentatif bagi membebaskan puluhan wanita dan kanak-kanak yang ditahan di Gaza sebagai pertukaran bagi pemberhentian seketika pertempuran selama lima hari, lapor Washington Post pada Sabtu.

Menerusi perjanjian setebal enam halaman itu, semua pihak harus menghentikan operasi ketenteraan selama lima hari sementara lebih 50 tebusan dibebaskan pada setiap 24 jam, kata akhbar berkenaan.

Akhbar itu berkata pengawasan akan dilakukan bagi memantau pergerakan darat bagi membolehkan sejumlah besar bantuan kemanusiaan disalurkan.

Pembebasan tebusan akan bermula dalam beberapa hari akan datang, menurut individu yang rapat dan mengetahui butiran perjanjian berkenaan.

Sementara itu, White House dan Pejabat Perdana Menteri Israel enggan mengulas berkaitan laporan yang dikeluarkan oleh Washington Post itu-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD