fb fb fb fb fb

AS hentikan bantuan kewangan kepada Colombia

Hubungan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump (kiri) dengan Presiden Colombia, Gustavo Petro semakin keruh / Foto AFP

WASHINGTON, 19 Oktober - Amerika Syarikat akan menghentikan bantuan kewangan kepada Colombia, sekutu rapatnya sekian lama, selepas Presiden Donald Trump menggelar rakan sejawatannya, Gustavo Petro sebagai 'ketua dadah'.

Trump berkata, Petro tidak mengambil sebarang langkah untuk menghentikan pengeluaran kokain meskipun menerima bayaran dan subsidi berskala besar daripada Amerika Syarikat.

""MULAI HARI INI, PEMBAYARAN INI, ATAU APA-APA BENTUK PEMBAYARAN LAIN, ATAU SUBSIDI, TIDAK LAGI DIBUAT" kepada Colombia," kata Trump dalam platform Truth Socialnya, sambil menambah bahawa Petro "sangat menggalakkan pengeluaran dadah secara besar-besaran."

Bulan lalu, Washington mengisytiharkan Colombia sebagai bukan lagi sekutu dalam memerangi dadah.

Selepas berdekad-dekad bekerjasama rapat melancarkan perang ke atas dadah, Trump pada September mengecam Petro sebagai bukan sahaja gagal untuk menyekat pengeluaran kokain, malah membiarkan jumlah pengeluaran melonjak kepada "rekod sepanjang masa," menurut nota White House yang diutuskan kepada Kongres.

Colombia membalasnya dengan menghentikan pembelian senjata dari Amerika Syarikat, iaitu rakan kongsi tentera terbesarnya.

Amerika Syarikat bulan lalu turut membatalkan visa Petro selepas beliau bercakap pada perhimpunan pro-Palestin di New York di luar Perhimpunan Agung PBB. - AFP

EMMI NORALIZA ADNAN