WASHINGTON, 21 Jun - Amerika Syarikat (AS) mengharamkan Kaspersky daripada menyediakan produk antivirus popularnya di negara itu atas alasan keselamatan negara.
Jabatan Perdagangan AS, firma keselamatan siber yang berpangkalan di Rusia itu diharamkan menyediakan produk perisian komputer.
"Kaspersky secara amnya dilarang menjual perisiannya di AS atau menyediakan kemas kini kepada perisian yang sudah digunakan," menurut agensi itu melalui kenyataan.
Pengumuman itu dibuat selepas siasatan sekian lama mendapati operasi berterusan Kaspersky di Amerika Syarikat mendedahkan risiko keselamatan negara yang berupaya menyerang dan mempengaruhi atau mengarahkan operasi Kaspersky.
Setiausaha Perdagangan AS Gina Raimondo mendakwa Rusia sekali lagi menunjukkan bahawa mereka mempunyai keupayaan dan niat untuk mengeksploitasi syariakt Rusia sepertu Kaspersky Lab untuk mengumpul dna menggunakan maklumat sensitif AS.
Sementara itu, Kaspersky dalam kenyataan berkata, Jabatan Perdaganan membuat keputusan keputusan berdasarkan iklim geopolitik semasa dan kebimbangan teori semata-mata.
Kaspersky berikrar meneruskan pilihan yang tersedia secara sah untuk mengekalkan operasi dan hubungan semasanya.
"Kaspersky tidak terlibat dalam aktiviti yang mengancam keselamatan negara AS sebaliknya, Kaspersky telah memberikan sumbangan besar dalam pelaporan dan perlindungannya daripada pelbagai ancaman yang menyasarkan kepentingan dan sekutu AS," kata syarikat itu.
Langkah itu adalah tindakan pertama yang diambil sejak perintah eksekutif yang dikeluarkan di bawah presiden Donald Trump terdahulu yang memberikan Jabatan Perdagangan kuasa untuk menyiasat sama ada syarikat tertentu menimbulkan risiko keselamatan negara.
Menurut Jabatan Perdagangan, tindakan diambil meskipun firma multinasional yang beribu pejabat di Moscow itu mempunyai pejabat di 31 negara di seluruh dunia dan memberi perkhidmatan kepada lebih 400 juta pengguna dan 270,000 pelanggan korporat di lebih 200 negara.
Selain mengharamkan penjualan perisian antivirus Kaspersky, Jabatan Perdagangan juga menambah tiga entiti yang dikaitkan dengan firma itu ke dalam senarai syarikat yang dianggap sebagai kebimbangan keselamatan negara.
Alasanya adalah 'kerjasama mereka dengan pihak berkuasa tentera dan perisikan Russia dalam menyokong tujuan perisikan siber kerajaan Russia'.
Jabatan Perdagangan juga berkata, mereka 'sangat menggalakkan' pengguna untuk beralih kepada antivirus baharu, meskipun keputusan itu tidak melarang mereka daripada tetap menggunakan perisian berkenaan sekiranya mereka memilih untuk berbuat demikian.
Kaspersky juga dibenarkan meneruskan operasi tertentu di AS termasuk menyediakan kemas kini antivirus sehingga 29 September tahun ini.
"Ia untuk meminimumkan gangguan kepada pengguna dan perniagaan AS dan memberi mereka masa untuk mencari alternatif yang sesuai," katanya. - AFP