fb fb fb fb fb

AS hantar hantar lagi peluru ke Ukraine

(Jurucakap Majlis Keselamatan Negara John Kirby / AFP)

WASHINGTON, 3 Mac- Amerika Syarikat bakal menghantar bantuan baharu kepada Ukraine terutamanya peluru untuk membantunya melawan pasukan penceroboh Rusia, kata White House.

"Esok, hanya secara unilateral, AS akan menghantar satu lagi pusingan bantuan untuk Ukraine," kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara John Kirby pada Khamis.

"Ia akan merangkumi peluru dan amunisi yang diperlukan oleh Ukraine untuk sistem yang telah mereka miliki," terutamanya pelancar roket ketepatan Himars, tambahnya.

Bagaimanapun, Kirby tidak memberikan butiran lanjut.

Kuasa barat telah berjanji kepada Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky bahawa mereka akan mempercepatkan penghantaran peluru dan peralatan lain bagi membolehkan tentera Ukraine menangkis serangan baharu oleh tentera Rusia.

Kesatuan Eropah baru-baru ini mengumumkan usaha untuk segera membekalkan peluru 155 milimeter ke Kiev. -AFP


(FOTO HIASAN)

Media Baharu