WASHINGTON, 9 Februari- Amerika Syarikat memberi amaran kepada Israel bahawa melancarkan serangan tenteranya ke bandar Rafah di selatan Gaza tanpa perancangan yang rapi akan berisiko menjadi 'malapetaka'.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah berkata beliau mengarahkan tentera "bersedia untuk beroperasi" di Rafah, selepas menolak "tuntutan aneh" Hamas dalam rundingan gencatan senjata, dan serangan udara telah dipertingkatkan.
Timbalan jurucakap Jabatan Negara, Vedant Patel berkata Washington "belum melihat sebarang bukti perancangan serius untuk operasi sedemikian," sambil menambah untuk menjalankan operasi itu sekarang tanpa perancangan akan menjadi bencana di mana satu juta orang berlindung di kawasan itu.
Patel menekankan bahawa sebarang serangan ketenteraan seperti itu "bukan sesuatu yang disokong sambil menyatakan bahawa Rafah adalah pintu masuk penting untuk bantuan kemanusiaan yang ditujukan untuk Gaza.
Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengakhiri lawatan serantau pada Khamis tanpa mendapat jeda kemanusia dalam pertempuran. Ia adalah lawatan krisis kelimanya di Timur Tengah sejak perang bermula.
"Blinken menyampaikan kebimbangan Washington kepada Netanyahu secara langsung semasa perbincangan mereka pada Rabu di Baitulmaqdis," kata Patel.
Secara terbuka, Antony memberi amaran bahawa sebarang operasi ketenteraan yang dilakukan Israel perlu mengutamakan orang awam.- AFP