PARIS, 3 Mei - Argentina menyaksikan penurunan ketara dalam kebebasan akhbar dari ranking ke 40 pada 2023 ke 66 tahun ini.
Penurunan dikaitkan dengan tindakan Presiden Argentina, Javier Milei yang menutup operasi agensi berita terbesar di negara itu, Telam selepas menang Pilihan Raya Presiden negara itu.
Ranking tahunan yang diterbitkan kumpulan pemantau media, Reporters Without Borders (RSF) menyaksikan Norway kekal di kedudukan teratas, manakala kedudukan 180 terendah diambil alih Eritrea dari Korea Utara yang mendudukinya tahun lalu.
Penurunan paling ketara turut direkod Afghanistan yang jatuh 26 anak tangga ke rangking 178, Togo turun 43 ke 113 dan Ecuador di tangga ke 110 berbanding 30 tahun lalu.
RSF berkata, tiga perempat daripada 180 disenaraikan dilabel sebagai miskin untuk kebebasan akhbar.
Ranking terbaharu itu juga menyaksikan 10 negara terbawah adalah China, Iran, Korea Utara, Syria dan Eritrea.-AFP