fb fb fb fb fb

'Applet' akhirnya dijumpai

(Foto bertarikh  24 Oktober 2022 menunjukkan ahli arkeologi Maritim menyelam di kapal perang
abad ke-17 "Vasa" di selat di luar pulau Vaxholm di luar ibu negara, Stockholm pada 13 Disember 2021 / AFP)

STOCKHOLM, 25 Oktober- Ahli arkeologi maritim Sweden telah menemui kapal ‘saudara’ yang telah lama hilang dari kapal perang ikonik abad ke-17 "Vasa", yang karam pada pelayaran sulungnya.

Muzium Kapal Karam Sweden pada Isnin memaklumkan, kapal tersebut dilancarkan pada 1629,  diberi nama ’Applet’ dibina oleh pembuat kapal yang sama dengan Vasa, berukuran 69 meter (225 kaki), yang kini dipamerkan di Stockholm selepas diselamatkan pada tahun 1960-an.

“Kami sangat gembira apabila kami melihat betapa serupa bangkai kapal itu dengan Vasa," kata Jim Hansson, ahli arkeologi maritim di muzium itu.

Kapal karam besar itu ditemui pada Disember 2021 di selat di luar pulau Vaxholm di luar ibu negara, Stockholm.

Hansson berkata pembinaan dan dimensi itu kelihatan ‘sangat biasa’ kepada mereka, mencetuskan harapan ia boleh menjadi salah satu kapal ‘saudara’ Vasa.

Walaupun bahagian sisi kapal telah roboh, badan kapal utuh sehingga geladak meriam yang lebih rendah, dan bahagian yang telah jatuh menunjukkan ‘port’ meriam pada dua tingkat.

Tinjauan lebih teliti mengenai bangkai kapal telah dijalankan pada musim bunga 2022, mendedahkan butiran kapal yang sebelum ini hanya dilihat di Vasa.

Muzium itu berkata butiran teknikal serta ukuran dan sampel kayu mengesahkan bahawa ia "memang Applet, kapal saudara Vasa."

Pada 2019, muzium yang sama melaporkan penemuan dua kapal perang lain di kawasan yang sama.

Ahli arkeologi pada masa itu percaya bahawa salah satu daripada kapal-kapal tersebut mungkin Applet, tetapi penyiasatan lanjut menunjukkan bahawa kapal tersebut sebaliknya adalah dua kapal perang bersaiz sederhana dari 1648  bernama ‘Apollo’ dan ‘Maria’.

Dengan 'Applet', kami boleh menambah satu lagi bahagian penting teka-teki dalam pembangunan pembinaan kapal Sweden," kata Hansson, sambil menambah bahawa penemuan tersebut membolehkan penyelidik mengkaji perbezaan antara Applet dan Vasa.

"Ini akan membantu kami memahami bagaimana kapal perang besar itu berkembang, daripada Vasa yang tidak stabil kepada ‘raksasa laut’ yang boleh mengawal Laut Baltik, faktor penentu dalam kemunculan Sweden sebagai kuasa besar pada tahun 1600-an," Patrik Hoglund, seorang lagi ahli arkeologi maritim di muzium, katanya.

Dinamakan sempena salah seorang raja Sweden, Vasa pada asalnya bertujuan untuk menjadi simbol kekuatan tentera Sweden tetapi sebaliknya karam selepas belayar lebih dari 1,000 meter.

Ia telah diselamatkan pada tahun 1961 dan kini dipamerkan di Muzium Vasa di Stockholm, salah satu tempat pelancongan paling popular di Sweden.

Pada penghujung tahun 1658 kapal itu tidak lagi dianggap layak laut dan ditenggelamkan pada tahun berikutnya di Vaxholm.

Dua kapal lain juga ditempah dari pembuat kapal yang sama: Kronan (Mahkota) dan Scepter, dan seperti Applet mereka juga berkhidmat dalam angkatan laut Sweden dan mengambil bahagian dalam pertempuran laut. - AFP


Kapal-kapal itu dipercayai ditenggelamkan dengan sengaja selepas ia ditamatkan perkhidmatannya.- AFP

Media Baharu