fb fb fb fb fb

Angkasawan Apollo 8 William Anders maut pesawat terhempas

Angkasawan Apollo 8 William Anders/Foto NASA

 WASHINGTON, 8 Jun - Bekas angkasawan yang mengikuti misi kedua Apollo 8, William Anders dilapor maut selepas pesawat ringan yang dipandunya terhempas di perairan Kepulauan San Juan pada petang Jumaat (waktu tempatan), kata keluarga Anders.

Menurut ahli keluarganya, Anders sedang memandu pesawat kecil di luar negeri Washington dan hanya Anders berada di dalam pesawat terbabit.

Mendiang juga merupakan individu yang bertanggungjawab mengambil gambar terkenal bumi yang dikenali sebagai 'Earthrise' pada 55 tahun yang lalu

Sheriff, Eric Peter berkata pasukan sedang mencari bagaimanapun belum menemui mayat Andres.

Anders merupakan salah seorang manusia pertama yang sampai ke bulan semasa misi Apollo 8 pada bulan Disember 1968 bersama Frank Borman dan James Lovell.

Krew Apollo 8 kembali mendarat ke bumi selepas mengelilingi bulan 10 kali pada 27 Disember 1968.

Anders mengambil gambar permukaan kawah bulan dan bumi yang kelihatan biru terang.

Foto "Earthrise" dimasukkan ke dalam majalah Life Magazine yang menjadi koleksi '100 gambar yang mengubah dunia'.

Gambar asal dijual dengan harga 11,800 euro (RM59,867.18) ketika sesi lelongan Copenhagen pada 2022.

Mengenai William Anders

Mendiang dilahirkan di Hong Kong pada 17 Oktober 1933 pernah menyertai Akademi Tentera Laut dan Institut Teknologi Tentera Udara Amerika Syarikat.

Kemudian pada 1964, beliau terpilih untuk menyertai program angkasa lepas yang dijalankan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA).

Berdasarkan biografi disediakan NASA, mendiang mencatatkan rekod penerbangan sebanyak 6,000 jam.

Antaranya ketika berkhidmat sebagai juruterbang sandaran untuk misi Gemini XI dan Apollo 11.

Mendiang juga pernah diberi tanggungjawab untuk menjadi juruterbang modul bulan dalam misi Apollo 8.

Malah, mendiang secara peribadi menganggap gambar berkenaan sebagai sumbangan terbesarnya kepada program angkasa lepas NASA.

Sebelum bersara, beliau adalah CEO dan pengerusi General Dynamics pada awal 1990-an.

Hanya Lovell yang bertahan di Apollo 8.

Borman meninggal dunia pada usia 95 tahun pada November 2023.

Misi Apollo 13 kemudian dijadikan sebagai filem Hollywood, melibatkan Lovell, 96.

Kali terakhir manusia menjejakkan kaki ke bulan ialah pada tahun 1972 semasa misi Apollo 17.

Tetapi NASA telah menetapkan sasarannya untuk menghantar angkasawan baru, termasuk seorang wanita pertama pada tahun akan mendatang. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN