fb fb fb fb fb

Angka korban nahas pesawat Jeju Air di Korea Selatan meningkat kepada 85

Seorang penumpang nahas pesawat Jeju Air di dibawa ke pusat perubatan Lapangan Terbang Antarabangsa Muan/ AFP

SEOUL, 29 Disember- Nahas pesawat Jeju Air di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan mengorbankan sekurang-kurangnya 85 individu, kata perkhidmatan kecemasan.

Pesawat berkenaan membawa 181 penumpang termasuk enam anak kapal dalam perjalanan dari Bangkok ke Korea Selatan tergelincir semasa melakukan pendaratan cemas

Dua mangsa terselamat; seorang kru dan seorang penumpang diselamatkan daripada serpihan pesawat, kata agensi bomba Korea Selatan dalam satu kenyataan.

Sementara itu video yang dikongsi oleh penyiar MBC tempatan menunjukkan pesawat berkenaan mendarat di landasan dengan asap keluar dari enjin, sebelum seluruh pesawat itu terbakar.

"Punca kemalangan itu berpunca daripada terlanggar burung dan berikutan cuaca buruk. Bagaimanapun, punca sebenar akan diumumkan selepas siasatan dijalankan," kata Ketua Balai Bomba Muan Lee Jeong-hyun dalam satu sidang media.

Dalam kemas kini terkini operasi menyelamat, Agensi Bomba Kebangsaan melaporkan; "Setakat ini, dua diselamatkan dan 85 maut."

Dalam pada itu pegawai pasukan respons di jabatan bomba tempatan Lee Hyeon-ji, memberi amaran bahawa "jumlah itu mungkin meningkat disebabkan oleh kecederaan kritikal".

Pihak berkuasa penyelamat sedang memindahkan penumpang dari bahagian belakang jet itu, kata Lee.

Agensi bomba telah menggerakkan 32 jentera dan beberapa anggota ke tempat kejadian.

Kemalangan itu berlaku pada pukul 9.03 pagi waktu tempatan, kata Kementerian Tanah.

"Seramai 175 penumpang termasuk dua warga Thailand dan enam anak kapal berada di atas kapal itu," katanya.

Kebakaran awal telah dipadamkan dan operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan di lokasi nahas.

Syarikat penerbangan tambang rendah Jeju Air memohon maaf dan akan melakukan segala termampu untuk membantu.

"Kami di Jeju Air akan melakukan segala-galanya dalam kuasa kami sebagai tindak balas terhadap kemalangan ini.

"Kami memohon maaf menimbulkan kebimbangan," kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan yang disiarkan di saluran media sosialnya.

Sebelum ini media melaporkan sekurang-kurangnya 28 individu terkorban dalan nahas pesawat Jeju Air semasa melakukan pendaratan cemas.- AFP

 

BERITA BERKAITAN :

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI