fb fb fb fb fb

28 maut dalam nahas pesawat di Korea Selatan - Yonhap

Anggota bomba menjalankan operasi pemadaman ke atas pesawat yang tersasar di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan di Muan, Wilayah Jeolla Selatan, Korea Selatan/ REUTERS

SEOUL, 29 Disember- Sekurang-kurangnya 28 individu maut selepas sebuah pesawat terbang tersasar dari landasan dan terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan Korea Selatan, lapor agensi berita Yonhap.

Menurut laporan itu, pesawat Jeju Air yang membawa 175 penumpang dan enam anak kapal dalam penerbangan dari Thailand kemudian mendarat di lapangan terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan Korea Selatan.

Dua individu ditemui hidup ketika misi menyelamat diteruskan dan pihak berkuasa sedang berusaha untuk menyelamatkan penumpang di bahagian ekor pesawat.

Sementara itu menerusi gambar yang dikongsi media tempatan menunjukkan asap dan api menyelubungi bahagian pesawat.

Pemangku Presiden Korea Selatan Choi Sung-mok mengarahkan usaha menyelamat dilakukan sehabis baik, menurut pejabatnya.

Bagaimanapun jurucakap Jeju Air berkata syarikat penerbangan itu sedang menyemak laporan berkenaan insiden itu.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI