fb fb fb fb fb

Nahas pesawat Jeju Air: Tiada rakyat Malaysia terlibat setakat ini

Foto REUTERS

KUALA LUMPUR, 29 Disember-Wisma Putra hari ini mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat setakat ini dalam tragedi nahas udara pesawat Jeju Air yang terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan.

Menerusi satu kenyataan media, Wisma Putra memaklumkan Kedutaan Malaysia di Seoul sedang memantau rapat insiden berkenaan yang menyebabkan puluhan penumpang terkorban setakat ini.

"Kedutaan Besar Malaysia di Seoul sedang berhubung dengan pihak berkuasa tempatan dan memantau situasi dengan rapi.

"Setakat laporan ini dikeluarkan, tiada pengesahan mengenai penglibatan rakyat Malaysia dalam insiden tersebut", maklum Wisma Putra dalam kenyataan.

Terdahulu, Sekurang-kurangnya 28 individu maut selepas sebuah pesawat terbang tersasar dari landasan dan terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan Korea Selatan pada Ahad.

Menurut laporan, pesawat Jeju Air yang membawa 175 penumpang dan enam anak kapal dalam penerbangan dari Thailand.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD