fb fb fb fb fb

Angka korban lombong arang batu meningkat kepada 42 orang

Gambar bangunan lombong arang batu ArcelorMittal sebelum kebakaran berlaku/FOTO AFP

KARAGANDA, 29 Oktober - Jumlah korban lombong arang batu di Kazakhstan meningkat kepada 42 orang sementara itu empat masih lagi hilang.

Ia sekali gus menjadi kemalangan paling dahsyat dalam sejarah pasca-Soviet Asia Tengah.

"Sehingga 3 petang (waktu tempatan), seramai 42 mayat telah ditemui di fasiliti kemudahan syarikat Arcelormittal," menurut perkhidmatan kecemasan Kazakhstan di media sosial.

Tambah kenyataan itu, usaha mencari dan menyelamat empat lagi pelombong diteruskan sehingga ke hari ini.

Menurut syarikat multinasional itu, seramai 208 daripada 252 pekerja terselamat.

Pada Ogos lalu, kemalangan maut berlaku di satu daripada lombong milik syarikat yang sama.

Sebuah suruhanjaya yang ditubuhkan kerajaan mendapati syarikat itu perlu bertanggungjawab atas insiden berkenaan.

Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev dilaporkan telah mengarahkan kerajaan untuk menamatkan kerjasama pelaburan dengan Arcelormittal.- AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN