fb fb fb fb fb

Angka korban kebakaran kompleks kediaman meningkat kepad 160

Identiti 120 mangsa korban telah dikenal pasti menerusi DNA atau cap jari / Foto AFP

HONG KONG, 10 Disember - Angka korban kebakaran di kompleks kediaman meningkat kepada 160, dengan satu lagi identiti mayat dikenal pasti.

Manakala, enam orang dilaporkan masih hilang.

Komisioner Polis Joe Chow mengesahkan, angka kematian meningkat selepas ujian forensik mendedahkan mayat yang ditemukan, melibatkan dua individu.

Setakat ini, identiti 120 daripada 160 korban telah dikenal pasti menerusi DNA atau cap jari.

Pihak berkuasa meneruskan pemeriksaan di lokasi insiden dan usaha mencari mangsa-mangsa yang masih belum ditemukan.

Satu jawatankuasa bebas telah ditubuhkan dan 15 individu telah ditahan atas kesalahan membunuh tanpa niat serta enam individu lain atas kesalahan kegagalan penggera kebakaran berfungsi.- AFP

FAUZIAH ABD RAHMAN