(Gambar mangs yang masih hilang dipaparkan di pelabuhan di Libreville / AFP)
Libreville, 21 Mac- Jumlah korban tragedi feri karam di luar pantai Gabon telah meningkat kepada 26 selepas dua lagi mayat ditemukan pada Isnin.
Kemas kini angka korban dibuat 11 hari selepas feri, yang membawa 161 penumpang dan anak kapal dari ibu kota Libreville ke bandar minyak Port-Gentil, karam pada waktu malam sepuluh kilometer (enam batu) dari pantai.
Sebelas penumpang masih hilang, kata pendakwa raya.
Menteri pengangkutan Gabon meletak jawatan ekoran tragedi tersebut manakala 33 orang telah ditangkap bawah siasatan jenayah.
Mereka yang ditahan termasuk pegawai di kementerian pengangkutan, marin pedagang dan pemilik kapal, Royal Cost Marine.
Pencarian berterusan bagi mangsa yang masih hilang "membawa kepada penemuan dua mayat lelaki pada hari Isnin," kata pendakwa raya Andre Patrick Roponat kepada stesen televisyen negara Gabon Premiere.
Jumlah korban hari sebelumnya ialah 24 maut dan 13 hilang.
Ramai mangsa yang terselamat dalam kemalangan feri itu berkata mereka menerima bantuan atau yang tidak seberapa daripada anak kapal.
Ada yang menghabiskan berjam-jam di laut dengan berpaut pada bot kecil sebelum mereka diselamatkan oleh sekumpulan orang yang menaiki bot bermotor dan kapal tongkang bekalan untuk industri minyak. -AFP
(Saudara-mara dan sahabat taulan meletakkan lilin dan bunga untuk mangsa
yang masih hilang akibat tragedi feri karam di pelabuhan di Libreville / AFP)