BAITULMAQDIS, 31 Ogos- Kementerian Kesihatan di Gaza yang dikendalikan oleh Hamas pada Sabtu melaporkan sekurang-kurangnya 40,691 orang telah terbunuh dalam perang antara Israel dan Palestin setakat ini.
Serangan Israel di Palestin kini memasuki bulan ke-11.
Statistik kementerian menyebut, angka tersebut termasuk 89 kematian dalam tempoh 48 jam sebelumnya.
"Sementara itu, 94,060 orang dilaporkan mengalami kecederaan di Semenanjung Gaza sejak perang bermula, Oktober tahun lalu,"menurut kenyataan kementerian.-AFP