fb fb fb fb fb

Angka korban di Gaza lebih 56,000, hospital kekurangan bahan api

Foto AFP

GAZA, 2 Julai- Angka korban di Gaza meningkat kepada 56,647 orang, manakala seramai 134,105 lagi cedera sejak konflik Israel dan Hamas pada 7 Oktober 2023.

Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan dalam tempoh 24 jam yang lalu, seramai 116 rakyat Palestin terbunuh dan 463 lagi cedera akibat serangan berterusan oleh tentera Israel.

Sejak Israel menyambung semula operasi ketenteraannya pada Mac 2024 selepas satu tempoh gencatan senjata sementara, sekurang-kurangnya 6,315 rakyat Palestin terkorban dan 22,064 cedera.

Dalam pada itu, pihak berkuasa kesihatan Gaza turut memberi amaran bahawa dasar catuan bahan api oleh Israel terhadap hospital di wilayah tersebut menyebabkan kebanyakan kemudahan kesihatan utama mengalami kekurangan bahan api yang kritikal dan berterusan.

Kemudahan kesihatan terbesar di Gaza, Hospital Al-Shifa, mengumumkan menangguhkan perkhidmatan dialisis dan mengehadkan rawatan rapi kepada hanya beberapa jam sehari kerana kekurangan bahan api. Hospital itu turut memberi amaran bahawa kekurangan bekalan tenaga berterusan akan membahayakan nyawa semua pesakit.

Dalam perkembangan berkaitan, Kesatuan Wartawan Palestin melaporkan seramai 228 pengamal media Palestin terbunuh, akibat konflik berterusan itu.-REUTERS

ROSLINA BINTI DIN