GAZA, 23 September- Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan angka korban akibat perang Israel-Hamas kini meningkat kepada 65,344 orang.
Sementara itu, seramai 166,795 lagi cedera sejak pertempuran tercetus pada 7 Oktober 2023.
Menurut kenyataan kementerian itu pada Isnin, dalam tempoh 24 jam lalu sahaja, serangan Israel mengorbankan 61 penduduk Palestin serta mencederakan 220 yang lain.
Dua hospital di Gaza City terpaksa menghentikan operasi selepas serangan darat Israel kian memuncak di utara wilayah itu, menurut pihak berkuasa kesihatan. -REUTERS