fb fb fb fb fb

Palestin raih sokongan pemimpin dunia di PBB

Foto Reuters

NEW YORK, 23 September- Puluhan pemimpin dunia yang berhimpun di Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin menyuarakan sokongan terhadap penubuhan negara Palestin, meskipun berdepan tentangan kuat Israel dan sekutunya, Amerika Syarikat (AS).

Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan, ketika berucap pada sidang kemuncak penyelesaian dua negara Israel-Palestin, menegaskan komitmen Riyadh terhadap usaha damai dan menyeru penubuhan negara Palestin merdeka berasaskan sempadan 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

Sidang itu turut disertai Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, yang menegaskan Hamas juga perlu menyerahkan senjata kepada Pihak Berkuasa Palestin, demi mewujudkan satu negara bersatu dengan undang-undang serta satu pasukan keselamatan yang sah.

Beliau turut berikrar mengadakan pilihan raya presiden dan parlimen dalam tempoh setahun selepas perang berakhir.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, dalam ucapannya menegaskan bahawa penubuhan negara Palestin adalah hak, bukan ganjaran, sambil memberi amaran terhadap senario satu negara yang bakal menafikan hak asas rakyat Palestin.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengumumkan pengiktirafan rasmi Perancis terhadap negara Palestin, langkah yang dilihat simbolik tetapi tidak dijangka mengubah situasi di lapangan.

Konflik berlarutan di Gaza terus meruncing apabila tentera Israel meneruskan serangan dengan lebih 65,000 penduduk Gaza terkorban. -REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM