GAZA, 1 September – Angka kematian rakyat Palestin di Gaza meningkat kepada 63,557 orang, manakala 160,660 lagi cedera sejak konflik antara Hamas dan Israel tercetus pada Oktober 2023.
Kementerian Kesihatan Gaza menerusi kenyataan melaporkan, dalam tempoh 24 jama lalu, 98 lagi nyawa terkorban akibat serangan oleh tentera Israel.
Sejak Israel menamatkan gencatan senjata selama dua bulan dengan Hamas dan menyambung semula operasi ketenteraan pada 18 Mac 2024, seramai 11,426 rakyat Palestin terbunuh, manakala 48,619 lagi cedera.
Sementara itu, sembilan lagi rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak, dilaporkan maut akibat kebuluran dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat kebuluran dan kekurangan zat makanan meningkat kepada 348 orang, termasuk 127 kanak-kanak, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.- REUTERS